FAQS

1.
Q:
Apa itu Jabatan Pendaftar UUM?
   
Jabatan Pendaftar merupakan nadi utama kepada pentadbiran Universiti Utara Malaysia. Jabatan ini memainkan peranan utama dalam menggerakkan segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran Universiti berlandaskan KPI Teras Stategik UUM iaitu :

 

Teras Strategi 1 : Membangunkan Pelajar Aktiviti Kesarjanaan
Teras Strategi 2 : Membangunkan Pelajar Secara Holistik
Teras Strategi 3 : Memperkasa Aktiviti Akademik dan Antarabangsa
Teras Strategi 4 : Melestarikan Sumber Kewangan
Teras Strategi 5 : Memperkasa Sumber Manusia dan Bakat

 

Semenjak tahun 1984, Jabatan Pendaftar telah berkembang maju selaras dengan perkembangan Universiti Utara Malaysia. Matlamat Jabatan adalah sebagai pusat pengurusan sumber manusia dan pusat pengurusan sumber maklumat serta pengurusan pentadbiran yang cekap, selaras dengan keperluan pelanggan.
 
     
2. Q:
Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?
   
Perkhidmatan yang ditawarkan iaitu :
 
-Pengambilan staf pentadbiran
-Pengambilan staf akademik dan pelawat
-Kenaikan pangkat dan pinjaman staf
-Saraan
-Cuti dan persaraan
-Tatatertib
-Prestasi
-Keberkesanan kursus
-Kursus dan PBU
-Peperiksaan perkhidmatan
-Pengurusan koperat dan dasar
-Pentadbiran Keewangan dan ICT
-Kebajikan
-Pengajian Lanjutan
-Kenderaan Universiti
 
     
3.
Q:
Dimanakah terletaknya Jabatan Pendaftar UUM?
   
Tingkat 3,Bangunan Canselori Universiti Utara Malaysia. Lihat Peta
     
4.
Q:
Bagaimanakah cara untuk menghubungi Jabatan Pendaftar UUM?
   
Tel     : +604-928 3199