PERMOHONAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Permohonan untuk mendapatkan Subsidi Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja Sektor Awam bagi staf Universiti Utara Malaysia berjawatan tetap dan kontrak sahaja berdasarkan kriteria di bawah adalah dibuka sepanjang tahun.

  1. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan ;
  2. Umur kanak-kanak tidak melebihi 4 tahun mengikut tahun kalendar ;
  3. Kanak-kanak tersebut dihantar ke Pusat Asuhan Tunku Putri Intan Safinaz, UUM;

Borang permohonan boleh dimuatturun disini dan sila kemukakan borang yang telah lengkap diisi bersama maklumat berikut;

 

  1. Salinan penyata gaji pemohon dan pasangan ;
  2. Salinan sijil kelahiran/mykid anak dan dokumen lain yang berkaitan jika anak tersebut adalah anak tiri/anak angkat/anak pelihara (semua dokumen hendaklah disahkan) ;
  3. Salinan penyata gaji suami/isteri yang disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan (sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja dengan sektor swasta), dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Penghulu / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas.

 

Pemohon hendaklah mengemukakan semula permohonan setiap tahun (selewat-lewatnya pada 31 Disember) sekiranya masih berminat untuk mendapatkan subsidi bagi tahun berikutnya.

Sebarang kemusykilan sila hubungi

  1. Ustaz Usamah Ismail (Tel. : 3180/ e-mel : usamah@uum.edu.my )
  2. Pn. Nor Shuhaila Shoib  (Tel. : 3158 / e-mel : norshuhaila@uum.edu.my )

Sekian, terima kasih.