PENGURANGAN YURAN PENGAJIAN UNTUK ANAK-ANAK STAF UUM

Y. Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk pengurangan yuran pengajian untuk anak-anak staf di UUM dibuka kepada semua staf UUM yang berkelayakan.

Syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :

  1. Permohonan hanya bagi staf universiti yang berjawatan tetap dan berpencen sahaja.
  2. Pemohon hendaklah menyertakan dokumen berikut:
    1. Salinan Penyata Gaji Pemohon yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
    2. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran anak dan dokumen lain yang berkaitan jika anak tersebut adalah anak tiri/anak angkat/anak pelihara (semua dokumen hendaklah disahkan); dan
    3. Salinan Penyata Gaji pasangan yang disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Bagi pasangan yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan (sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja dengan sektor swasta), dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ke atas.
    4. Salinan Slip Pendaftaran Pengajian Anak di UUM yang disahkan.
  3. Tempoh kuatkuasa diskaun ialah mulai semester A112.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

Pn Jamilah binti Md.Zain – samb. 3158 atau jamylah@uum.edu.my

Klik disini untuk muat turun borang permohonan.

Terima kasih.