PERMOHONAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Permohonan untuk mendapatkan Subsidi Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja Sektor Awam bagi staf Universiti Utara Malaysia berjawatan tetap dan kontrak sahaja berdasarkan kriteria di bawah adalah dibuka sepanjang tahun.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan ;
- Umur kanak-kanak tidak melebihi 4 tahun mengikut tahun kalendar ;
- Kanak-kanak tersebut dihantar ke Pusat Asuhan Tunku Putri Intan Safinaz, UUM;
Borang permohonan boleh dimuatturun disini dan sila kemukakan borang yang telah lengkap diisi bersama maklumat berikut;
- Salinan penyata gaji pemohon dan pasangan ;
- Salinan sijil kelahiran/mykid anak dan dokumen lain yang berkaitan jika anak tersebut adalah anak tiri/anak angkat/anak pelihara (semua dokumen hendaklah disahkan) ;
- Salinan penyata gaji suami/isteri yang disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan (sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja dengan sektor swasta), dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Penghulu / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas.
Pemohon hendaklah mengemukakan semula permohonan setiap tahun (selewat-lewatnya pada 31 Disember) sekiranya masih berminat untuk mendapatkan subsidi bagi tahun berikutnya.
Sebarang kemusykilan sila hubungi
- Ustaz Usamah Ismail (Tel. : 3180/ e-mel : usamah@uum.edu.my )
- Pn. Nor Shuhaila Shoib (Tel. : 3158 / e-mel : norshuhaila@uum.edu.my )
Sekian, terima kasih.