PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG DISEMBER 2018

 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

BIL

JAWATAN

1

PENGARAH PEMASARAN UNIVERSITI

 

MAKLUMAT JAWATAN

1.         Kumpulan Perkhidmatan

            Pengurusan dan Profesional

 

2.         Gred Lantikan

Gred yang ditawarkan adalah Gred 53

 

3.         Taraf Lantikan

Jawatan adalah bertaraf KONTRAK (Contract of Service)

 

4.         Tempoh Lantikan

Satu (1) hingga dua (2) tahun untuk setiap lantikan dan boleh dilanjutkan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

 

5.         Emolumen

            Gaji permulaan dan Imbuhan pada Gred 53 akan dibayar berdasarkan kelayakan mengikut gred jawatan dan pekeliling berkaitan.

i.       Gaji           -           RM6072.00 – RM13,138.00

ii.      ITK             -           RM800.00

iii.     ITP             -           RM900.00

iv.     BSH           -           RM150.00

 

6.         Syarat-syarat Asas Lantikan

            Syarat-syarat asas yang akan ditimbangkan adalah seperti berikut;

a)   Memiliki ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Kepujian (sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

b)    Mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam menguruskan pemasaran program dan produk, perancangan strategik dan tadbir urus.

c)    Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam pentadbiran organisasi serta pengurusan sumber manusia.

d)    Mempunyai integriti, etika kerja dan sifat kepimpinan yang tinggi, berorientasikan sikap kerja berkumpulan dengan keupayaan untuk membentuk kerjasama dan memimpin kumpulan ke arah kecemerlangan universiti.

e)    Seorang yang matang serta berkemampuan untuk bekerja secara independen.

f)     Mempunyai kemahiran menulis dan bertutur yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kemahiran dalam bahasa lain adalah satu kelebihan.

 

7.         Skop Tugas

Bertanggungjawab kepada Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) dan melaksanakan skop tugas sebagai Pengarah Pemasaran seperti berikut;

a)    Bertanggungjawab dalam semua urusan perancangan strategik pemasaran serta implementasi kepada perancangan strategik.

b)    Merancang dan melaksanakan aktiviti pemasaran program-program pengajian UUM.

c)   Memperkemas dan meluaskan lagi aktiviti pemasaran program-program pengajian UUM di luar negara untuk menarik lebih ramai pelajar dari pelbagai negara datang ke UUM terutamanya pelajar pasca siswazah.

d)    Mewakili UUM dalam penyertaan di ekspo pendidikan dengan tujuan mempromosikan program-program UUM.

e)    Menyediakan bahan-bahan untuk tujuan promosi program pengajian UUM.

f)     Mempergiat aktiviti mempromosikan UUM kepada alumni, pihak industri dan juga universiti di luar negara.

g)    Membantu dalam meningkatkan hubungan alumni dengan Universiti.

 

8.         Penempatan

            Calon yang dilantik akan ditempatkan di kampus UUM Sintok dan juga di UUMKL.

 

9.         Cara Memohon

Calon yang berminat untuk mengisi jawatan perlulah mengemukakan permohonan rasmi beserta dokumen berikut; 

a)   Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut;

i.      Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi;

ii.    Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini.

iii.    Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan (referee).

b)   Kertas cadangan dan Key Performance Indicator (KPI) serta ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Pengarah Pemasaran UUM.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut;

Pendaftar

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah Darul Aman

 

10.        Catatan Tambahan

a.     Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu bual.

b.     Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.

c.      Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu bual jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.

 

11.        Tarikh Tutup

            Tarikh akhir penerimaan permohonan lengkap oleh Pendaftar UUM adalah pada 23 Disember 2018 (Ahad).