BENGKEL PEMANTAUAN PENGAJIAN PHD ZON TENGAH DI UUMKL

phd zon tengah

 

JABATAN PENDAFTAR- Unit Pengajian Lanjutan, Jabatan Pendaftar telah mengadakan Bengkel Pemantauan Pengajian PhD Zon Tengah di UUMKL pada 28 Februari 2018. Bengkel ini melibatkan seramai 28 orang Pensyarah dan Tutor yang sedang melanjutkan pengajian PhD di sekitar Lembah Klang dan selatan .

Yang Berusaha Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabngsa) telah meluangkan masa selama sehari bagi melihat sendiri kemajuan PhD Pensyarah dan Tutor UUM. Selain daripada itu, ketiga-tiga Penolong Naib Canselor juga turut sama hadir menjayakan bengkel kali ini. Jawatankuasa Pemilih Pengajian Lanjutan (JPPL) diwakili oleh dua orang wakil senat iaitu Prof. Dr. Roslan Abdul Hakim dan Prof. Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud. Menggunakan kepakaran menyelia pelajar-pelajar PhD, panel-panel ini telah memberikan input berguna kepada setiap peserta kali ini.

Bengkel ini merupakan program berkala Jabatan Pendaftar dalam usaha untuk meningkatkan jumlah Pensyarah dengan kelulusan PhD.  Pada masa ini, seramai 74.3% peratus Pensyarah UUM berkelayakan PhD.  Peratus ini menunjukkan peningkatan ketara semenjak tahun 2010 di mana peningkatan drastik berlaku.   Pada tahun 2010, UUM hanya mempunyai 28.41% peratus Pensyarah berkelayakan PhD.

Usaha berterusan pihak pengurusan telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.   Pada bengkel kali ini juga, Jabatan Pendaftar turut menjemput Dekan-Dekan Pusat Pengajian bagi sama-sama melihat kemajuan setiap Pensyarah dan Tutor yang sedang Cuti Belajar.   Dengan gabungan kepakaran semua panel kali ini, input yang diberikan bukan sahaja melibatkan aspek-aspek akademik tetapi mereka juga turut memberikan motivasi kepada setiap Pensyarah dan Tutor yang hadir untuk terus memberikan fokus kepada penulisan tesis.

Secara keseluruhanya, prestasi PhD Tutor dan Pensyarah UUM amat memuaskan dan dijangkakan beberapa orang daripada mereka akan berjaya graduate on time (GOT) menjelang akhir tahun 2018.