PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG AKADEMIK MAC 2018 (2)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada kakitangan UUM (kontrak) yang sedia ada.

 

BIL

JAWATAN AKADEMIK

1

GURU BAHASA GRED DG41

 

1.

(a)

Jawatan

:

GURU BAHASA GRED DG41

(b)

Badan Berkanun

:

Universiti Utara Malaysia

(c)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan dan Profesional

(d)

Klasifikasi Perkhidmatan

:

Pendidikan (D)

 

            Jadual Gaji      :                                              

           

Gred
Gaji
Gaji
Minimum
(RM)
Gaji Maksimum
(RM)
Kadar
Kenaikan Gaji
Tahunan
(RM)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (RM)
Imbuhan Tetap Perumahan (RM)
Bantuan Sara Hidup
(RM)
DG41
2,188.00
9,552.00
225.00
300.00
300.00
150.00

 

Syarat Lantikan :

 

i)
Ijazah sarjana muda yang berkaitan dengan bidang Bahasa Inggeris seperti TESL/TEFL/TESOL/ELT/English Literature yang diiktiraf  
  oleh Kerajaandaripada institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,289.73); dan
   
 ii)
 Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
  diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

Taraf Jawatan:              Tetap

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Guru Bahasa adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Fungsi Bidang Tugas :   Umum

Bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti program Bahasa, termasuk memilih peserta, mengajar, menilai peserta-peserta kursus, di samping membuat kajian dan penyelidikan bagi keperluan latihan.

 

 

CARA MEMOHON

i)    Permohonan jawatan boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://pendaftar.uum.edu.my/index.php/jawatan-kosong
ii)     borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN  :  08 April 2018 (Ahad)

CATATAN TAMBAHAN

a.    Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.
b.    Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
c.    Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman
Tel04-928 3115/3119 (Jawatan Akademik)
Tel:04-928 3114/3113 (Jawatan Pentadbiran)
Faks:04-928 3120