BE A GAME CHANGER

plan strategik

B

e a game changer dalam setiap proses kerja dan kenalpasti siapa champions dalam setiap Performance Indicato (PI) serta teamwork adalah perkara penting dalam mencapai matlamat Pelan Strategik Universiti di samping untuk mengubah budaya kerja selesa” merupakan ungkapan Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah kepada peserta Bengkel Perancangan Strategik Jabatan Pendaftar yang diadakan pada 12 – 14 Disember 2017 di Pulau Pinang baru – baru ini. Beliau turut mengetengahkan konsep back office dengan gambaran contoh teknologi aplikasi untuk Grab & Uber serta sistem tempahan hotel secara back office yang telah mengubah lanskap bisnes melalui gabungan idea, teknologi, maklumat dan perniagaan. Lebih penting menurut beliau ialah cost benefit analysis adalah faktor utama dalam menetapkan sesuatu perkara sebelum pelaksanaan.

Bengkel ini juga turut mengundang Prof. Madya  Dr. Nor Azam bin Abdul Razak mewakili Pengarah Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) yang hadir bersama-sama En. Mohd Farhan bin Ismail telah dijemput bagi berkongsi peranan besar yang dipegang oleh Jabatan Pendaftar dalam Perancangan Strategik Universiti Fasa 2 iaitu Teras 2 Pembangunan Modal Insan dan Pengurusan Bakat.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bagi menentukan halatuju dan Perancangan Jabatan Pendaftar bagi tahun 2018 selari dengan Perancangan Strategik Universiti disamping untuk menetapkan kaedah-kaedah dan pelan tindakan dalam mencapai halatuju tersebut. Selain itu, proses penilaian semula Key Performance Index (KPI) setiap bahagian dan unit serta menambahbaik struktur organisasi Jabatan Pendaftar turut dibincangkan sepanjang bengkel berlangsung.

Hasil bengkel ialah KPI Teras 2 Universiti telah berjaya dimurnikan, manakala Visi, Misi dan Objektif Jabatan Pendaftar telah disemak semula dan dibuat penambahbaikan. Menerusi bengkel ini juga setiap bahagian dan unit di Pendaftar telah mempunyai set sasaran atau halatuju menerusi pelbagai proses dan kaedah baharu bagi mendokong hasrat universiti menjadi universiti pengurusan terkemuka.

-TAMAT-