PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG JANUARI 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

BIL

JAWATAN

TARAF

1

PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43/UD47/UD51/UD53

KONTRAK

2

PEGAWAI FARMASI GRED UF41

TETAP

 

 

1.

(a)

Jawatan

:

PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43/UD47/UD51/ UD53

(b)

Badan Berkanun

:

Universiti Utara Malaysia

(c)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan dan Profesional

(d)

Klasifikasi Perkhidmatan

:

Perubatan dan Kesihatan (U)

 

            Jadual Gaji      :                                              

 

Gred
Gaji
Gaji
Minimum
(RM)
Gaji Maksimum
(RM)
Kadar
Kenaikan Gaji
Tahunan
(RM)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (RM)
Imbuhan Tetap Perumahan (RM)
Bantuan Sara Hidup
(RM)
UD43
3,611.00
10,560.00
250.00
400.00
400.00
150.00
UD47
5,211.00
11,769.00
270.00
550.00
700.00
150.00
UD51
5,860.00
12,449.00
290.00
600.00
700.00
150.00
UD53
6,182.00
13,256.00
320.00
800.00
900.00
150.00

 

Syarat Lantikan di Gred  :

 i) Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; ATAU
   
 ii) Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan
seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia; DAN
   
 iii) Lulus Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
   
 iv) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.
Gaji permulaan ialah pada Gred: UD43: RM3,611.00;
UD47: RM5,211.00;
UD51: RM5,860.00;
UD53: RM6,182.00.


Taraf Jawatan :           Kontrak

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Perubatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Fungsi Bidang Tugas :  Umum

Bertanggungjawab memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat, menyediakan laporan, menjalankan tugas-tugas on call dan menyampaikan ceramah-ceramah.

 

 

 

2.

(a)

Jawatan

:

PEGAWAI FARMASI GRED UF41

(b)

Badan Berkanun

:

Universiti Utara Malaysia

(c)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan dan Profesional

(d)

Klasifikasi Perkhidmatan

:

Perubatan dan Kesihatan (U)

 

 

            Jadual Gaji      :                                              

           

Gred
Gaji
Gaji
Minimum
(RM)
Gaji Maksimum
(RM)
Kadar
Kenaikan Gaji
Tahunan
(RM)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (RM)
Imbuhan Tetap Perumahan (RM)
Bantuan Sara Hidup
(RM)
UF41
2,740.00
9,656.00
225.00
300.00
300.00
150.00

 

 

Syarat Lantikan :

i)              Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred UF41 : RM2,740.00); DAN

ii)             Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Taraf Jawatan :           Tetap

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Farmasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Fungsi Bidang Tugas :  Umum

1.    Bertanggungjawab berkhidmat di hospital kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi termasuk perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal.

2.   Menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran atau terlibat dengan pengawalan farmaseutikal kebangsaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti perlesenan.

 

 

CARA MEMOHON

i)    Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://www.perjawatan.uum.edu.my/

ii)     Pemohon perlu mendaftar (bagi pengguna baharu sahaja) sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.

iii)    Tarikh tutup permohonan        :            25 Januari 2018 (Khamis)

 

CATATAN TAMBAHAN

a.    Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.

b.    Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman
Tel  :  04-928 3114/3113
Faks  :  04-928 3120