TERIMA KASIH DATO' PENDAFTAR

 

terimakasih

 

“Terima kasih Dato”. Itulah antara ungkapan berulang yang diluahkan semasa majlis meraikan persaraan wajib Dato’ Pendaftar di Restoran Beringin, EDC Hotels & Resorts pada 07 November 2017.

Majlis anjuran Kelab Kebajikan Jabatan Pendaftar (KEJAP) tersebut diadakan bagi merai dan menghargai jasa Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Akhir Hj Yusuf selaku Pendaftar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 09 November 2017 yang lalu.

Pelbagai kenangan dikongsi semula bersama Dato’ Pendaftar melalui tayangan video dan gambar-gambar aktiviti sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan Pendaftar.

Dalam ucapannya, Yang Berbahagia Dato’ Pendaftar memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan Pendaftar.

Majlis diserikan lagi dengan deklamasi puisi oleh Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Encik Redzuan Ishak yang bertajuk ‘Pesan Tok Wan Ku’. Puisi yang serba ringkas mempunyai mesej tertentu dan berjaya mencuit hati para tetamu yang hadir.

Ahli Jawatankuasa KEJAP mengucapkan selamat maju jaya kepada Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Akhir Hj Yusuf dalam apa jua pekerjaan yang diceburi selepas persaraan perkhidmatan ini.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Dato’ Pendaftar.

Sekian.