UUM Terima Lawatan Kerja UIAM Kampus Kuantan

uiam

 

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan kerja daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan pagi tadi.

Lawatan seramai 25 orang itu diketuai Pengarah UIAM kampus Kuantan, Prof Dato' Dr Tariq Abdul Razak.

Delegasi yang tiba di UUM kira-kira jam 9:00 pagi itu telah disambut oleh kakitangan Welcome Centre, dan dibawa melawat sekitar kampus UUM.

Mereka seterusnya mengadakan perbincangan dengan pihak universiti yang dipengerusikan oleh Pendaftar, Dato' Mohamad Akhir Hj Yusuf di Bilik Mesyuarat Canselori.

Perbincangan melibatkan pelbagai isu antaranya pengurusan pelajar, pengurusan sumber manusia, kewangan dan perkara-perkara lain.

Ketua delegasi, Prof Dato' Dr Tariq yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Sintok, memuji keindahan kampus UUM yang dikelilingi persekitaran yang kondusif dan prasarana lengkap untuk kemudahan staf dan pelajar.

“Kampus UUM yang dihiasi landskap semulajadi yang hijau sangat indah dan mendamaikan serta amat sesuai sekali untuk proses pembelajaran. Di samping itu banyak perkara baharu yang kami boleh pelajari di UUM contohnya Welcome Centre yang amat membantu pelawat untuk mengetahui mengenai UUM dengan lebih dekat lagi,” katanya.

Hadir sama Pengarah Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah, Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Azahari Azmi, dan pegawai-pegawai kanan UUM.