Santai KEJAP Berjaya Eratkan Pasukan Kerja Jabatan Pendaftar

santai

 

Pengerusi Kelab Kebajikan Jabatan Pendaftar (KEJAP) merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada 62 orang staf Jabatan Pendaftar yang dapat meluangkan masa untuk menyertai aktiviti berkayak dan penyediaan Barbeque pada 06 April 2017 sempena hari santai KEJAP.

Ilmu pengendalian kayak yang diberikan oleh Encik Ahmad Pauzi bin Othman dari Pusat Sukan dan pengalaman berkayak di Tasik Guthrie diharap dapat menyuntik semangat baru kepada peserta untuk terus memelihara kesihatan melalui aktiviti sukan dan rekreasi.

Timbalan Pendaftar, Encik Baharudin Yaacob mengucapkan tahniah kepada KEJAP kerana telah berjaya menganjurkan aktiviti ini dan diharap dapat meningkatkan kerjasama dan lebih mengeratkan silaturrahim antara staf di Jabatan Pendaftar. Beliau turut berharap semua staf dapat memberikan sokongan yang mantap dalam menjayakan perlaksanaan program yang terdekat anjuran Jabatan Pendaftar seperti Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti (HIMPU) dan Hari Keluarga Universiti Utara Malaysia.

Pada sesi santai KEJAP kali ini, penghargaan turut di berikan kepada Encik Abdul Sukor bin Mohamad yang akan bersara pilihan mulai 01 September 2017. Staf yang menyambut hari lahir pada bulan Januari hingga Mac dan staf yang menerima cahaya mata turut diraikan pada hari tersebut.

Pengerusi KEJAP turut mengalu-alukan cadangan aktiviti daripada semua ahli KEJAP bagi menghasilkan impak pelaksanaan aktiviti yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Santai KEJAP turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah, sesi fotografi dan ramah mesra antara staf Jabatan Pendaftar dari pelbagai unit seperti unit pentadbiran, unit cuti dan persaraan, unit pengajian lanjutan, unit perkhidmatan, unit perjawatan, unit latihan dan unit kenderaan.

Sekian.