TAKLIMAT PERSEDIAAN PENILAIAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S/QE)

taklimat5s

 

Pada 11 April 2017 (Selasa), Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan Taklimat Persediaan Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) di Dewan Seminar C, Pusat Konvensyen UUM. Seramai 50 orang juruaudit 5S universiti telah menghadiri taklimat ini.

Objektif  utama taklimat adalah bertujuan untuk memberi pencerahan kepada juruaudit berkenaan halatuju 5S pada tahun 2017. Taklimat selama 2 jam ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kecemerlangan Kualiti, Prof. Madya Dr. Norhani Aripin. Semasa taklimat beliau telah menerangkan senarai semak kriteria Penilaian Amalan 5S yang telah dibentuk bersama-sama ketua juruaudit 5S universiti pada 3 April 2017 yang lalu. Turut dikongsikan semasa taklimat adalah Pelan Tindakan Audit serta Pembahagian Pasukan Juruaudit.

Penilaian Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) pada tahun ini akan dijalankan pada bulan Mei hingga Oktober 2017 yang mana sepanjang tempoh audit tersebut, setiap PTJ akan di audit secara mengejut sebanyak 2 kali. IPQ berharap setiap PTJ dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada juruaudit sepanjang tempoh audit berlangsung.

IPQ mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua juruaudit 5S kerana telah memberikan kerjasama yang begitu tinggi dalam menjayakan taklimat tersebut dan seterusnya dapat menjalankan audit seperti yang telah dipertanggungjawabkan.