BENGKEL TOT BUKTI KEPENTINGAN MPK DAN FAIL MEJA

failmeja

Jabatan Pendaftar Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Bengkel ‘Training Of Trainer’ (TOT) pada 10 April 2017 di EDC Hotels & Resorts. Bengkel ini bertujuan memberi pemahaman yang terperinci kepada para peserta untuk menghasilkan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) mengikut format yang betul.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Hasmini Binti Abd Ghani dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan. MPK dan FM merupakan dua dokumen rujukan rasmi yang perlu wujud di dalam sesebuah jabatan atau pejabat. Kedua-dua dokumen ini merupakan alat pengurusan penting yang dapat membantu dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti kerja.

Bengkel yang dihadiri oleh 46 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan di Universiti Utara Malaysia ini diharap mampu membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan di jabatan masing-masing untuk menyediakan MPK dan Fail Meja.

Sekian.