PERMOHONAN MENGISI JAWATAN PENDAFTAR GRED VU7

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dalam kumpulan Pengurusan & Profesional  dan Iktisas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.

 

BIL

JAWATAN

1

PENDAFTAR GRED VU7

 

MAKLUMAT JAWATAN

1. Kumpulan Perkhidmatan
  Pengurusan Tertinggi
   
2. Gred Lantikan
  Gred yang ditawarkan adalah Gred Utama C (VU7) Terbuka
   
3. Taraf Lantikan
  Jawatan adalah bertaraf Tetap / Pertukaran Sementara / Pelantikan Peminjaman Perkhidmatan / Kontrak
   
4. Tempoh Lantikan
  Satu (1) hingga tiga (3) tahun untuk setiap lantikan tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
   
5. Gaji dan Imbuhan
  Gaji permulaan dan Imbuhan pada Gred Utama C akan dibayar berdasarkan kelayakan mengikut  gred jawatan dan pekeliling berkaitan.
   
6. Syarat-syarat Asas Lantikan
  Syarat-syarat asas yang akan ditimbangkan adalah seperti berikut;
   
 
a)     Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
      setaraf dengannya dan Kepujian (sekurang-kurangnya gred C)dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia 
      atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
       
b)     Sedang menyandang jawatan dalam perkhidmatan.
       
c)     Mempunyai sekurang-kurangnya 25 tahun pengalaman perkhidmatan di dalam kumpulan Pengurusan & Profesional dan Iktisas.
       
d)     Mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dasar, organisasi dan sumber manusia serta pernah memegang jawatan
      pentadbiran.
       
e)     Mempunyai pengetahuan luas dan menyeluruh serta kemahiran dalam perancangan strategik organisasi, governan, tadbir urus
      kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
       
f)     Mempunyai intergriti, etika kerja dan sifat kepimpinan yang tinggi, berorientasikan sikap kerja berkumpulan dengan keupayaan untuk
      membentuk kerjasama dan memimpin kumpulan ke arah kecemerlangan universiti.
     
g)     Seorang yang matang serta berkemampuan untuk bekerja secara independen.
 
7. Skop Tugas
   
 
a)     Sebagai pegawai utama pentadbiran, bertanggungjawab kepada Naib Canselor dan Pihak Berkuasa Universiti mengenai semua
      aspek pengurusan di peringkat Universiti (kecuali hal-hal yang berkaitan dengan kewangan, perpustakaan, pembangunan dan
      perkhidmatan pelajar).
       
b)     Bertindak sebagai Setiausaha kepada Senat dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan bertindak sebagai Pengerusi bagi
      Jawatankuasa Pemilih Staf Sokongan, Jawatankuasa Pengurusan Kebajikan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
      serta Jawatankuasa lain yang berkaitan.
       
c)     Menyediakan rang Statut, Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti, mentafsirkan Statut, Akta dan Peraturan-Peraturan, mengenal
      pastikeperluan sumber manusia, memberi khidmat perunding kepada Kolej dan Jabatan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
      organisasi, sistem dan tatacara pentadbiran, mengadakan perundingan dengan kesatuan dan persatuan kakitangan bagi maksud
      memajukan perhubungan baik di antara pihak kakitangan dan pengurusan dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari
      semasa ke semasa,bertanggungjawab atas urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan seperti pelantikan,
      kenaikan pangkat, latihan, pengesahan dan sebagainya supaya selaras dengan peraturan perkhidmatan dan dasar Universiti.
     
    
8. Cara Memohon
   
  Calon yang berminat untuk mengisi jawatan perlulah mengemukakan permohonan rasmi beserta dokumen berikut; 
   
 
a)     Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat
      berikut;
       
i.     Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi;
       
ii.     Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang.
      Semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini.
       
iii.     Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan (referee).
       
b)     Kertas cadangan dan Key Performance Indicator (KPI) serta ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek dan
      jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Pendaftar UUM.
 
  Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut;
   
 
Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah Darul Aman
   
9. Catatan Tambahan
   
 
a.     Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu bual.
       
 b.     Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap
      tidak berjaya.
       
c.     Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu bual jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.
   
10. Tarikh Tutup
   
  Tarikh akhir penerimaan permohonan lengkap oleh Pendaftar UUM adalah pada 18 Jun 2017.