Pendaftar Mengiringi Naib Canselor Menghadap KDYMM Tuanku Sultan Kedah

 

mengiringi

 

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, pagi tadi.

Majlis menghadap ini adalah bagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas tugas cemerlang KDYMM Tuanku Sultan Kedah sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Keempat Belas serta sembah maklum pencapaian-pencapaian terkini UUM.

Pada majlis itu juga, Naib Canselor turut mempersembahkan buku Merafak Sembah yang merakamkan foto-foto bersejarah UUM sepanjang tempoh KDYMM Tuanku Sultan Kedah menjadi Canselor UUM.

Berangkat sama ke majlis tersebut, Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Turut hadir mengiringi Naib Canselor adalah Pendaftar, Dato' Mohammad Akhir Yusof dan Pengarah Jabatan Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah.