Pendaftar UUM Bergelar Dato'

 

dato

 

Alor Setar - Pendaftar, Mohamad Akhir Yusof dikurniakan Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' sempena sambutan Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang ke-89 di Istana Anak Bukit, pagi tadi.


Majlis istiadat pengurniaan itu turut dihadiri Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan isteri, Datin Seri Norhayati Nazri.