50 000 TAHUN PERJALANAN KE SYURGA ATAU NERAKA

 

ceramah

 

Jabatan Pendaftar, UUM: Jawatankuasa Kelab Kebajikan Jabatan Pendaftar (KEJAP) telah menganjurkan diskusi ilmu bertajuk “PERJALANAN KEHIDUPAN MANUSIA” yang telah disampaikan oleh Ustaz Usamah Ismail. Diskusi ilmu ini diadakan pada 05 Oktober 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendatar.

Kehidupan manusia yang bermula dari zaman Nabi Adam a.s sehingga nabi Allah yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu perjalanan yang panjang, melelahkan dan penuh berliku. Setiap jiwa atau roh manusia mengharungi perjalanan yang berbeza sehingga setiap amalan mereka di hitung di akhirat nanti. Semua manusia adalah sama di sisi Allah S.W.T dan yang membezakan mereka adalah amalan dan taqwa mereka kepada Allah S.W.T.

“Keadaan manusia ketika perjalanan meniti sirat ada yang berjalan, berlari, merangkak dan sebagainya bergantung kepada amalan seseorang. Jika berjaya untunglah baginya dan syurgalah ganjarannya. Namun jika terkandas maka nerakalah baginya”,kata ustaz.

Penyampaian ceramah oleh ustaz yang diselangi jenaka  dan gaya membuatkan hadirin terhibur dan tidak jemu hingga ke penghujung waktu.

Oleh kerana tajuk dan kupasan yang menarik membuatkan masa terasa begitu singkat dan semua ahli KEJAP yang hadir memohon supaya tajuk ceramah tersebut disambung pada masa akan datang.

Turut hadir bersama Pengerusi KEJAP, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Muhammad Suhaimi.

 

Habis.