MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SEBAGAI AHLI AKRAB CARE

sijilakrab

 

PENDAFTAR ONLINE: Seramai 15 staf pentadbiran dan akademik menerima sijil sebagai Ahli AKRAB CARE Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar baru-baru ini.

Penyampaian sijil berkenaan disempurnakan oleh Pendaftar UUM, Encik Mohamad Akhir bin Hj. Yusuf. Beliau berharap agar semua pihak terlibat dapat bekerja kuat bagi menjulang nama UUM di persada antarabangsa dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam menjayakan misi dan visi UUM ini dan mendoakan semoga UUM akan lebih cemerlang pada masa hadapan 

Ahli AKRAB CARE ini dilantik berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015.

AKRAB CARE berperanan sebagai rakan pembimbing yang akan membantu rakan sekerja yang tersenarai di bawah Exit Policy dengan menggunakan kemahiran psikologi dan elemen kaunseling serta menjadi sumber rujukan berkaitan pembangunan kerjaya, sokongan sosial dan moral.

 

Sekian.