KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING RAKAN PEMIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)

 

Bagi mewujudkan medium perantaraan untuk pegawai berfungsi secara efektif dan membantu pengurus sumber manusia perkhidmatan awam, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini

Sehubungan itu, “Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Universiti Utara Malaysia (UUM)” telah diadakan pada 26 hingga 28 Jun lalu bagi Tahap 1. Kursus anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diadakan di Dewan Angsana, EDC Hotel & Residence dan dihadiri oleh 25 orang ahli AKRAB dan Pegawai Psikologi.

Kursus diadakan bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman berhubung fungsi dan peranan kaunseling kepada pegawai dalam perkhidmatan awam. Selain itu ia juga dapat meningkatkan pemahaman dan kemahiran kaunseling kepada pegawai agar aplikasi psikologi dapat diterapkan dalam pengurusan sumber manusia di Jabatan / Pusat Pengajian yang mana pendekatan modal insan juga dapat dibangunkan.

Kursus bagi Tahap 2 akan diadakan pada 18 hingga 20 Julai ini di EDC Hotel & Residence.

Pegawai yang tamat kedua-dua tahap tersebut layak dilantik sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) serta boleh berfungsi sebagai rakan pembimbing dan mentor di Jabatan / Pusat Pengajian masing-masing.

 

akrab

Oleh: Shazilayanty Shahrom
Gambar oleh: Hazree Hairudin

TAMAT.