HARI BERSAMA PELANGGAN JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2016

 

 

kpelanggan2

Program ini memberi peluang kepada staf untuk menyemak maklumat berkaitan hal-hal perkhidmatan, pengajian lanjutan, latihan, mengemaskini rekod peribadi dalam sistem HRMIS dan turut menjadi medium bagi Jabatan Pendaftar mendapatkan maklum balas pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan.

Hari Bersama Pelanggan anjuran Jabatan Pendaftar telah dijadualkan untuk diadakan tiga (3) kali setahun dan program ini adalah program kali kedua yang dilaksanakan bagi tahun 2016. Pada program kali ini seramai 300 orang staf universiti telah hadir ke kaunter khidmat pelanggan yang disediakan.

Pihak Pendaftar yakin dengan kehadiran staf ke kaunter khidmat pelanggan secara tidak langsung akan membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh staf melalui penerangan yang diberikan oleh pegawai bertugas.

Selain itu, kaunter khidmat pelanggan kali ini juga turut membuat edaran gambar penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 sepanjang dua hari program berlangsung. Cenderahati kuih raya telah disediakan bagi meraikan pengunjung yang hadir sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

 TAMAT