IFTAR KEJAP BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH BUDI, YAN

YAN BESAR, 18 JUN 2016 -- Seramai 30 orang ahli Kelab Kebajikan Jabatan Pendaftar UUM (KEJAP) dan mantan Timbalan Pendaftar Tn Hj Zaini Mohd Nasri, berbuka puasa bersama 65 orang anak yatim di Rumah BUDI Yan.

Program diselitkan dengan sedikit aktiviti untuk menghiburkan anak-anak yatim di sini. Suasana di Dewan Makan menjadi meriah dengan acara kuiz pelbagai bidang meliputi pengetahuan am mengenai Malaysia, antarabangsa, agama, sukan, geografi, matematik dan tidak ketinggalan pantun. Objektifnya adalah untuk memberi peluang serta keyakinan diri kepada anak-anak untuk tampil berucap di hadapan dan khalayak ramai.

Kanak-kanak Rumah BUDI juga mendapat duit raya awal yang disampaikan oleh Pengerusi KEJAP En Muhammad Iskandar Zulkarnain dan Setiausaha KEJAP  Pn Atiyah Yaakob. Selain sumbangan duit raya, KEJAP turut menyampaikan sumbangan hamper.

Sebelum waktu berbuka puasa majlis disempurnakan  dengan bacaan tahlil.

iftar