Aluan Pendaftar

AHMAD RASIDI ABDULLAH
Pendaftar 
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)


Selamat datang ke laman web Jabatan Pendaftar Universiti Utara Malaysia (UUM).

Laman web ini diwujudkan untuk menjadi sumber maklumat awal yang cepat dan tepat serta medium komunikasi kepada semua pengunjung khususnya pihak berkepentingan yang ingin mengetahui tentang fungsi, perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftar UUM.

Jabatan ini bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan sumber manusia dan governan Universiti serta menjadi nadi utama dalam memastikan pentadbiran Universiti dilaksanakan dengan cekap selaras dengan visi dan misi Universiti.

Struktur Jabatan Pendaftar UUM terdiri daripada empat (4) bahagian utama iaitu:-

  •  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  •  Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
  •  Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia
  •  Bahagian Pengurusan dan Governan

Saya berharap agar kandungan laman web ini dapat memenuhi keperluan maklumat yang diingini dan kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas para pengunjung bagi tujuan penambahbaikan serta peningkatan mutu perkhidmatan Jabatan.

Sekian, terima kasih.

ILMU · BUDI · BAKTI