Pendaftar

1

Dato' Mohamad Akhir B. Haji Yusuf

Aluan Pendaftar

Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana kesudian Tuan/Puan melayari Laman Web Jabatan Pendaftar Universiti Utara Malaysia (UUM).

Laman Web Jabatan Pendaftar diwujudkan khusus bagi memudahkan penyampaian maklumat dengan cepat dan tepat, menjadi medium komunikasi dan sumber maklumat kepada staf dan orang awam mengenai fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftar UUM.

Jabatan Pendaftar berusaha untuk menyalurkan maklumat yang diperlukan melalui Laman Web ini selari dengan hasrat jabatan untuk memastikan keperluan perkhidmatan kakitangan universiti dan maklumat umum kepada pihak luar dapat dipenuhi.

Jabatan ini terdiri daripada lima (5) bahagian utama iaitu Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Perkhidmatan, Bahagian Pentadbiran dan Unit Kenderaan, Jabatan Pendaftar menjadi nadi utama dalam memastikan pentadbiran dan pengurusan universiti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan seiring dengan Visi dan Misi Universiti.

Pihak kami mengharapkan maklum balas daripada Tuan/Puan berhubung perkhidmatan yang diberikan supaya dapat dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Harapan saya semoga Laman Web ini dapat memenuhi keperluan maklumat semua pihak khasnya kepada kakitangan Universiti.

Sekian, terima kasih.

 

ILMU · BUDI · BAKTI

 

DATO' MOHAMAD AKHIR HJ YUSUF BCK., AMK., PPS
PENDAFTAR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

 

Sudut Kualiti

5s