All News

Program Pementoran Universiti Utara Malaysia (UUM)

06

Unit Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar telah menganjurkan program pementoran yang melibatkan semua Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir, UUM pada 31 Julai 2022 (Ahad). Program ini merupakan platform latihan dalam perkhidmatan yang menggunakan konsep saling berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman (tacit knowledge) antara pekerja lama dengan pekerja baharu.