All News

Mesyuarat Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (MPLPU) kali ke-11 Bil.1/2022 berlangsung secara hibrid

04

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi LPU UUM, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar yang juga Pengerusi MPLPU. Beliau berkata, Majlis Pengerusi LPU ini merupakan saluran komunikasi di kalangan Pengerusi LPU Universiti Awam untuk berkongsi pandangan, cadangan, syor, saranan dan rangsangan demi kebaikan bersama untuk memacu kecemerlangan universiti. Beliau turut berkongsi kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang memperkenalkan Rangka Tindakan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi atau Sejahtera IPT bagi tahun 2022 sebagai pelan jangka masa sederhana KPT untuk meneruskan momentum kecemerlangan pendidikan tinggi yang terkesan akibat pandemik COVID-19. “Sejahtera IPT mengandungi tujuh strategi utama dalam usaha kita untuk memacu kecemerlangan universiti seperti mengukuhkan ekosistem kampus yang selamat, memperkukuhkan kebolehpasaran graduan, memperkasakan agenda pendigitalan, memantapkan jaringan kolaborasi strategik dan memacu kesejahteraan komuniti,” ucapnya. Beliau berharap semua dapat sama-sama memainkan peranan terbaik untuk meneruskan momentum kecemerlangan pendidikan tinggi dan menjayakan agenda negara khususnya melalui Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha memperkasa universiti awam. Hadir sama, Pengerusi LPU UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi LPU UiTM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah, Pengerusi LPU UTHM, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi LPU UNISZA Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin, Pengerusi LPU UMP Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pengerusi LPU UM, Tan Sri Zarinah Anwar.